Thursday, April 10, 2008

tangguh lagi

Alex mengeluh kepada Robet kerana dia tidak dapat menghilangkan kebiasaan buruknya iaitu suka menangguh sesuatu pekerjaan.

Robet memberikan sebuah solusi dengan menunjukkan buku yang berjudul "BAGAIMANA SUPAYA ANDA TIDAK MENUNDA LAGI".

Alex mengambil buku itu lalu berkata "Baiklah, akan kubaca buku ini di lain masa."

Walk - In Interview

Suatu pagi dua orang sahabat sedang berjalan jalan di sebuah pekan. Tiba tiba Abu bersuara kepada Ali

Abu : Hey Ali bukan kah kau ada temuduga hari ini. Sekarang dah pukul 10 pagi. Nanti kau lambat sampai!!

Ali : Ye aku tau...aku dalam perjalanan ke tempat temuduga la ni..

Abu : Kenapa kau tak naik je teksi atau bas. Kau dah lambat sangat nie.

Dengan bersahaja Ali mengeluarkan sekeping kertas dan memberikan kepada Abu.

Ali : Ni surat temuduga tu. Kau baca lah

Lantas Abu pun membaca surat tersebut..

" Tahniah anda berjaya dalam "WALK - IN " Interview"

Ali : Sebab itulah aku cuma jalan kaki sahaja.......

pil cerdik

Dua orang kanak-kanak bermain-main di kawaan padang rumput. Semasa melintasi selonggok ranting kayu, mereka terjumpa tahi arnab bersepah-sepah.

"Eh hapa ini, macam pil laa..."

"Oh...inilah Pil Cerdik. Sapa-sapa yang makan pasti akan menjadi cerdik."

Budak itu pun makan, "Erghk...rasa macam tahi la..."

"See...See.. ngko sudah pun menjadi cerdik.." kata budak yang satu lagi.

Ehwan dan 100 ekor ayamnya

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan
kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya
(seraya memberikan kadnya)."
Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya
untuk menghantarkannya ke rumah tuan."

Selepas itu, Pak Romee memanggil anak
buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...

Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."

Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100
ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor
lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan
dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas
dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk me ngetahui keadaan si
Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang
diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat
si Ehwan ketawa ...

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak
sakit kan?"

Ehwan : "Ha... ha... ha... !"

Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"

Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka
nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha....."

Saturday, April 5, 2008

Pak Pandir dan Ikan Keli

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak d**ecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.
Mak Andih: %*&^*&#@

Pak Pandir dan pokok ubi kayunyer

Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.

Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.

Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...

5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...
dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....
dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.

hantar surat

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa TU?"
"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah TU?"